Want your
own Fotopage?

































 
My world.. MaYoNnAiSe

By: MiMis MaYoNnAiSe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  >  >>]    [Archive]
Saturday, 15-Sep-2007 05:08 Email | Share | | Bookmark
Hari ketiga berpuasa

 
 
 
View all 5 photos...
Hari ni dah masuk hari yang ketiga umat Islam berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Tetibe aje dah hari ketiga. So kepada anda diluar sana.. sudah membuat persiapan untuk berhari raya Harap-harap anda semua bersabar lah yerr.. tak lari barang kat shopping complex tu. Kalau habis pon mesti pekerja-pekerja kat shopping complex tu akan keluarkan lagi stok baru hehe..

Jangan kata persiapan untuk beraya.. persiapan untuk berbuka puasa juga agak hebat. Kalau buka puasa ni ada yang nak makan ayam percik, meehon sup, nasi ayam, roti jala dan sebagainya. Ini ikut selera rakyat Malaysia laa. Kalau time awak bulan tu.. tempat pilihan untuk berbuka mungkin tempat yang agak best kot. Contohnya macam kat restoran atau hotel-hotel.

Bila bulan puasa ni hotel atau restoran memang mengambil kesempatan untuk mengadakan buffet Ramadhan. Ada yang RM45 per pax. RM60 per pax. Ikut kepada diorang punyer menu kot. Tapi apa yang saya tahu, kalau diorang ni buat aktiviti buka puasa style buffet memang diorang untung besar..


Kekadang tu, orang tak berpuasa lebih hebat makan dari orang yang berpuasa..


Akhir kata, saya mengucapkan Selamat berpuasa dan Selamat hari Rayee..

Rgrds
Mayonnaise with Love


BERITA TERKINI!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA, SILA DAPATKAN AMPAU RAYA ANDA DI http://www.binaharta.com/?id=kakiderma

SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...

DUIT RAYA DI : http://www.binaharta.com/?id=kakiderma
DUIT RAYA DI : http://www.binaharta.com/?id=kakiderma
DUIT RAYA DI : http://www.binaharta.com/?id=kakiderma

Mon 24-Sep-2007 06:57
Posted by:Ahli Dermawan  - [Link]
Add comment


Thursday, 13-Sep-2007 08:48 Email | Share | | Bookmark
Selamat Menyambut Ramadhan

 
Dikesemapatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Umat Islam sedunia.

Puasa baru bermula tapi janganlah anda sudah berangan-berangan atau membuat senarai perabut baru, baju baru, kuih atau ape-ape ajelah untuk hari raya nanti..

Renung-renungkan laa gambar dibawah ni..



Rgrds

From Mayonnaise with Love

selamat berpuase

Saya telah menyertai edymium2u.com. Nampaknya sangkaan saya tidak salah lagi.
Kini saya telah berjaya menjana pendapatan dengan mudah dan menyihatkan tubuh badan dengan cara yang bergaya sekali ... Bracelet Edymium!
Jadi saya berharap sangat agar anda juga dapat menyertainya.

Klik http://www.edymium2u.com/id=Ly5112

Tue 18-Sep-2007 10:19
Posted by:elly dzul ly5112@gmail.com  - [Link]

BERITA TERKINI!!

PERHATIAN KEPADA SEMUA, SILA DAPATKAN AMPAU RAYA ANDA DI http://www.binaharta.com/?id=kakiderma

SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT...

DUIT RAYA DI : http://www.binaharta.com/?id=kakiderma
DUIT RAYA DI : http://www.binaharta.com/?id=kakiderma
DUIT RAYA DI : http://www.binaharta.com/?id=kakiderma

Mon 24-Sep-2007 07:00
Posted by:Ahli Dermawan  - [Link]
Add comment


Wednesday, 5-Sep-2007 05:29 Email | Share | | Bookmark
Jaguh Futsal

 
 
 
View all 10 photos...
FUTSAL

Pada 4 September 07 tepat pukul 7.02pm telah diadakan satu perlawanan futsal antara team Kampung Baru dan dan Kampung Pandan. Perlawanan boleh dikatakan sengit sehingga pengadil tidak dapat mengira jumlah gol yang telah disumbat oleh kedua-dua team. Akhirnya keputusan adalah seri. Disebabkan terlalu penat mengira, pengadil telah mengambil cuti sakit pada keesokan harinya.

Berikut ialah sedutan perlawanan futsal semalam yang ditaja oleh Ketua Kampung Kerinchi dan Biskut Keju cap Mak Cik Tipah.



Team Kampung Baru :Dari kiri:- Mimi, Jess, Agnes, Vivien


Team Kampung Pandan : Dari kiri:- Fizroy,Juleha, Inaz, Ida

Pemain dari Kampung Pandan cuba menendang bola ke pintu gol.. tapi nampak gayanya pintu gol masih jauh...


Pemain harapan pilihan dari Kampung Baru. Untuk AFUNDI, sila sms ke 56789

Rgrds
Mayonnaise with Love

Care to comment?


Monday, 3-Sep-2007 04:25 Email | Share | | Bookmark
MoDeL

 
 
 
Pernah tak korang terpikir nak jadi model? tak kira lah model iklan tv, model majalah atau pun model produk MLM? Tiba-tiba saya berangan konon nak jadi model . Maklumlah bila tengok Nasha Aziz tu boleh hidup senang, jadi model aje. Alah bukan susah pun. Posing situ skit, posing sini skit dah dapat payment. Lentik kiri lentik kanan dah dapat duit. Pandai aje la saya ni berkata-kata kan. Ishh kalau Nasha Aziz baca entry ni mahu dia saman saya kot. Mesti dia cakap " Amboi, sedapnye bahasa ko. Ko ingat kerja model ni senang ke? apa kes?" hehehe..

Walaupun saya tidak dapat menjadi model iklan Petronas mahu pun iklan lipstik Maybeline, tapi saya amat gembira menjadi model iklan kad raya Chinese New Year bersama teman seperjuangan. Rakaman iklan ini dibuat dua minggu sebelum Chinese New Year 2007.. Saksikan aksi kami..


[color=black]Kami semua ini adalah model baru, jadi malu sikit la nak tunjuk wajah-wajah cun..


Tuan pengarah mengarahkan kami tunjukkan wajah kami yang cantik manis lagi berseri ini..

Akhirnya selepas tunjuk ajar dari pembantu pengarah, inilah hasilnya..

Rgrds
Mayonnaise with Love[/color]

ok laahh nihhh permulaann katanya eeheheh. amboi2 kan main haa posing raya i loiikkee. so taun nih pesen camne plak bajunya? Mon 10-Sep-2007 01:40
Posted by:kuchai
fandi photography
http://fendikembara.fotopages.com
Mon 10-Sep-2007 04:37
Posted by:fandi photography fendi_media@yahoo.com  - [Link]
tumpang lalu... macih

http://ladyuls03.fotopages.com
Tue 11-Sep-2007 06:43
Posted by:lady  - [Link]
Add comment


Sunday, 2-Sep-2007 03:19 Email | Share | | Bookmark
Puasa & Raya

 
 
 
View all 5 photos...
Diam tak diam kita dah nak start puasa semula. Rasa macam baru sgt kita sambut puasa tahun lepas. Lebih kurang lagi 12 hari kita dah mula nak pikir..

Quote:
Nak makan ape untuk berbuka ari ni?

Quote:
Nak g pasar Ramadhan mane yer ari ni?

Quote:
Nak beli makanan aje ke atau nak masak..?


Sahur
Dan macam-macam lagi soalan yang bakal berputar-putar ni. Bab yang paling lemah sekali ialah nak mula bangun sahur tu. Hari pertama nak bangun sahur tu rasa macam lemah seluruh badan ni... punyer la malas mungkin nak bangun pukul 5 pagi semata-mata untuk makan. Tapi walau macam mana punye malas pun, saya ni memang kene bangun juga bersahur. Kalau tak bangun tu rasa macam ada benda aje menari-nari kat dalam perut ni

Kuih Raya
Bab nak buat kuih. Ini lagi satu perkara yang paling saya tak tahu nak buat. Dari kecik sampai sekarang, bila sampai time nak buat kuih raya tu, jenuh mak saya terjerit-jerit suruh saya tolong dia bentukkan kuih tu. Punyer lah buruk perangai saya ni, saya cuma sign kontrak untuk bentukkan kuih tu aje. Mengadun, membakar dan menyimpan kedalam balang itu adalah tugas mak saya.. Tapi sekarang ni bila dah tinggal sendiri kat KL, tiba-tiba aje teringin nak buat kuih sendiri. So saya dah test power.. buka buku resepi dan buat.. percubaan pertama : GAGAL. Kuih tu keras macam batu dan terlebih letak gula.. manisssnyerrr. Percubaan kedua : YESS BERJAYA, sehingga mendapat pujian dari juri profesional dan juri SMS..

Baju & Kasut raya
Selalunyer yang ambil kisah pasal baju dan kasut raya ni kanak-kanak dan kaum wanita. Contoh terdekat adalah saya.. Baju raya mesti 3 atau 4 pasang punye la. Ada orang cakap membazir aje buat baju banyak-banyak. Tapi pada saya nak membazir ape pulak. baju-baju tu kita boleh pakai nak pegi kerja ke, kenduri ke.. Mak saya pun tak nak kalah jugak. Kalau baju raya saya empat pasang, dia buat lima pasang.. ishh ni mengalahkan orang yang bekerja executive ni. Itulah sebab abah saya selalu berleter..

Balik Kampung
Bagi anak rantau, perkara paling seronok sekali ialah nak balik kampung.
Quote:
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain dimata..

OOO.. balik kampung..
OOO.. balik kampung..
Hati girang...

Lirik ni saya pakai hentam aje, tak tau betul ke tak..

1 Syawal
yang paling penting bila tiba 1 Syawal, pepagi lagi kita salam tangan ibu bapa mohon ampun maaf daru hujung rambut sampai hujung kaki. Pada isteri kenelah cium tangan suami, mana tau dapat duit raya lebih. Dan sang suami pon jangan lupa cium tangan isteri, sbb suami pun ada dosa juga dengan isteri.. tapi kan.. pada pendapat saya kita tak perlu menunggu hari raya aje untuk mintak maaf, hari lain pun boleh juga. Kalau buat tiap-tiap hari lagi afdal..



[Si tudung pink = anak dara yang comel..
Si baju Melayu biru = anak teruna yang control macho
Si baju merah = berazam untuk menguruskan badan, tapi masih belum kurus
Si baju hijau = 'Negaraku, tanah tumpahnye darah ku..'


Rgrds
Mayonnaise with Love

Care to comment?


Thursday, 30-Aug-2007 11:12 Email | Share | | Bookmark
Bowling

 
 
 
View all 12 photos...
Alkisahnya semalam g main bowling dgn ofis mate. Actually coz dapat main free so we are very'ss excited la konon. ehee..

6.30pm tepat, semua pemain-pemain bowling terhandal dah kluar ofis terus masuk dlm kereta lalu menghidupkan enjin kereta dengan semangat yang berkobar-kobar. Tak sabar rasanye nak pergi melemparkan bola bowling ke sasarannya dan juga terus ke dalam longkang. ehee..

Tak sangka rupanye kami semua ni adalah jaguh bowling... dalam erti kata lain adalah jaguh bowling longkang.. maksudnya bola tu asyik masuk longkang ajerr..

Selepas penat menghayunkan tangan, sessi menghayunkan posisi dan gaya tersendiri.. apa lagii bergambar laa..





Inilah tangan sakti yang menggegarkan trek bowling.. sehingga sentiasa memasuki longkang


Aksi bersoma bola. Bola itu sgt bertuah kerana dikelilingi pemain-pemain yang handal


Kejayaan yang diperolehi oleh pemain-pemain berbakat


Apakah aksi yang ingin cuba ditonjolkan ini?


Rgrds
Mayonnaise with Love

Care to comment?


Wednesday, 29-Aug-2007 04:19 Email | Share | | Bookmark
50th Independance Day

 
 
 
Lagi beberapa jam aje kita nak sambut MERDEKA yang ke 50 kann.. Dah separuh abad rupenyer.. Dalam masa 50 tahun tuu banyak pembangunan yang telah dilakukan. Saya suker tgk ada satu iklan kat tv pasal pembangunan di Malaysia. mula2 iklan tu tunjuk suasanan Kuala Lumpur sebelum merdeka pastu tunjuk gambar Kuala Lumpur telah dipenuhi dengan bangunan2 pencakar langit.. korang perasan tak iklan tu? kalau tak silap saya iklan Petronas kot..

Actually saya bukan nak citer pasal iklan petronas.. setiap kali sambut merdeka kita mesti adakan pertunjukan bunga api. tak kira laa kat memana pon. pekan besar ke, pekan kecil ke.. mesti ada pertunjukan bunga api. Pertunjukkan ni bukannya budak2 aje yang suka tgk malahan mak dan bapa budak pon suke tgk. Tambah lagi bawa anak-anak pergi tgk pertunjukan ni...



Jangan katakan diorang, saya pon tak boleh ketinggalan. tahun ni pon memang dah tak sabar nak g tengok.. ehe

Ini adalah pertunjukkan bunga api yang saya tgk tahun lepas. Sambutan ni diadakan di The Curve. Banyak ni aje gambo yang saya ade. Rasanya saya amik gambo bunga api ni banyak.. tapi bila saya korek2 balik ada jumpa 3 pic aje. Yang lain dah ter'delete' laa.. ciannyaerr..



Rgrds

Mayonnaise with Love...

nice capturing ..

'lensa merakam gambar berseri'
'buat memori kekal abadi'
http://anjungmemori.fotopages.com
Mon 3-Sep-2007 13:57
Posted by:napie anjungmemori@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Tuesday, 28-Aug-2007 02:34 Email | Share | | Bookmark
Rojak Buah

 
Dulu..kononnya saya ni nak cari duit lebih, so saya plan nak jual rojak buah sebab modalnya saya rasa tak lah banyak sgt.. pastu nak g menjual kat tmpat air terjun la.. sbb bila lepas org mandi manda dah tentu sejuk.. bila dah sejuk, lapaq pulak tu. Then mesti diorang carik barang untuk mengunyah kan..

Sebelum pergi menjual, buat tester laa dulu. Bagi member ofis rasa and mintak komen. Diorang cakap kuah yang saya buat tu sedap jugak dan memang boleh berniaga.

Saya pon pasang angan-angan nak g berniaga nii... emmm tapi sampai sekarang tak de masa nak g. Jadi angan-angan mat jenin ajee...




From:
Mayonnaise With Love


Mama tak pandai buat rojak buah ni...nanti bolehlah beli dari Mayionnaise yek... Tue 28-Aug-2007 02:58
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Welcome to fp


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Tue 28-Aug-2007 16:07
Posted by:Shukri Sfawani sfawani@hotmail.com
Hi! Tumpang lalu…
Tempahan jahit manik utk raya…
http://beadsnlaces.fotopages.com

Butik pengantin dan salun…
http://suryaindah.fotopages.com
Have a nice day…tq…
Tue 28-Aug-2007 18:36
Posted by:nani lannieacu@hotmail.com
Add comment


Monday, 27-Aug-2007 11:10 Email | Share | | Bookmark
My Officemate

 
 
 
View all 6 photos...
Want to share with all.. suasana kat opis kalau boss takde.. pelbagai aksi dipertontonkan..


Nie tak tau laa ape yg nak meletoppp ???


Nak katakan orang tahanan tak jugak....

http://www.homeschoolzone.com/images/anim-gifs/kidtypinganim.gif[img]

From
Mayonnaise with Love

Pecah tembelang! Boss tak de, semua main-main je tak buat kerja eh? Hehehe....Sekali boss masuk fp Mayonnaise ni baru tahu! Mon 27-Aug-2007 16:59
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Untuk Hiasan Hantaran Perkahwinan

Layari http://ladiezfingerz.fotopages.com
Tue 28-Aug-2007 01:19
Posted by:~LF ladiezfingerz@yahoo.com.my  - [Link]
hi.....tumpang lalu jap....

http://ilham-iriz.fotopages.com
Mon 10-Sep-2007 06:48
Posted by:ida akatumbo@hotmail.com
Add comment


Monday, 27-Aug-2007 10:28 Email | Share | | Bookmark
New entry.. uhhukkss



I got the new fp.. sesaja gatal nak create one and new my personal fp. But when I mention personal fp it does'nt mean for me only.. you all can visit my fp anytime, any day and whatever any lahh..

Jemputla datang selalu. This is a new one and off course not so many pic and story you all can read.. but pls give me support..

I don't know y I choose mayonnaise to be my fp title.. tetiba aje I sebut perkataan tu dan i rasa macam okey aje.. and terus I sign up.. tak sampai 2 minit dah boleh terus activate.. ehe

thanx Q



from:
Mayonnaise With Love

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.