Want your
own Fotopage?

































 
My world.. MaYoNnAiSe

By: MiMis MaYoNnAiSe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Jan-2008 03:47 Email | Share | | Bookmark
~Eppy Besday to Mama~

Ali nie besday my mama. bila masuk awal tahun aje terus sambut besdey dia. Awal btul kan.. umo berapa? ehe I tak leh mention kalau nak tau kene la tanyer dier sendirik.

emm.. takdek laks gambo my mama ni.. tak yah lah tunjuk ek..

Care to comment?


Tuesday, 1-Jan-2008 11:31 Email | Share | | Bookmark
~Happy New Year~

SELAMAT TAHUN BARU..


Care to comment?


Friday, 28-Dec-2007 08:20 Email | Share | | Bookmark
Ceritera 2

 
 
 
View all 4 photos...
Bersambung dengan ceritera 2.
Beberapa hari lagi kita akan sambut Tahun Baru 2008. Umur pun makin bertambah kan. Mesti ramai diluar sana yang sibuk dengan azam baru.. azam nak tukar kereta baru, tukar hanfon baru. Ada juga kaum Adam yang sibuk nak kawin dua.. For me azam baru atau azam lama ke sama saja. buat ape kita nak pasang azam baru kalau azam lama tak tercapai lagi. Azam ni bila-bila masa aje kita boleh wat..








Care to comment?


Wednesday, 28-Nov-2007 10:41 Email | Share | | Bookmark
CeRiTeRa 1

 
 
 
View all 4 photos...
Yeah.. first thing I nak wish la.. Eppy BiRtHdAy to my boss.. walaupun dia bukan lah my favorate BOSS, tp disebabkan we all dah collect duit utk beli kek kat dia.. so kira wish aje la.. bukan apee.. amik hati aje.. ehe..



Kali ni kiter cerita pasal bunga skit.. actually I tak de idea nak ckp ape kan..


Gambar diambil ketika I lawat kampung I.. tak tau ape nama bunga ni daa.. sbb nampak lawa semacam aje..


Bunga rose kuning - orange. Digubah menjadi sireh junjung. Hasil sentuhan Andaman Narr untuk majlis pertunangan one of the customer..


Bunga ni ialah bunga mak I.. dia letak atas meja untuk hiasan. Tapi tetibe time tu boring tak tau ape nak buat.. so saje test power amik gambo ni.. pastu tabur la skit potpuri kat kelliling bunga tu.. konon kretif la.. tp rasanye ni blom cukup kretif lagi..

okies.. tunggu CeRiTeRa 2 pulakss..

tumpang iklan ea..
ingin berpindah dan nak pakai lori?
Ada disini http://daraizati.fotopages.com
iklan lain dari yang lain
Thu 14-Feb-2008 10:55
Posted by:izza izza_dude06@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 6-Nov-2007 09:19 Email | Share | | Bookmark
Open Office

 
 
 
View all 10 photos...
Yeah.. hari ditunggu pon dah tiba. Setiap orang dengan galaknya telah memakai baju raya tanpa mempedulikan uniform ala-ala mc donald. Setiap orang menunjukkan kehebatan masing-masing menyediakan masakan yang sangattt laaa setappppp nyer.

Siti Rohaya - Mee Goreng mamak (rasanya sungguh lemak..)
Mutmainna - Cendol (lemak jugak rasanya)
Kak Som - Nasi dagang (boleh mengalahkan Restoran Nasi dagang Ulik Mayang)
Raja Feisal - Kek cokelat (rupanya cokelat seperti tuannya juga)
Norehan - Dadih ( manis rasanya. Boleh menjadi pengusaha dadih )
Ida - Rendang (Boleh menggantikan orang yang jual rendang kat Tesco Mutiara Damansara)
Juriyah - Rendang daging (amatt setappp)
Juleha - Ayam masak merah + bihun goreng ( Ayam debab2 seperti tuannya juga)
Siti Fatimawati - Kuah kacang (powerrss)
Abby - Lemang ( besstt)
Rohani - Pulut kuning ( Sila berjumpa org ini untuk tempahan)
Zalina - Popiah goreng ( Usahawan popiah berjaya. boleh di comersialkan lagi..)
Sayee - Cup cakes (comel tak cup cakes sayerr?)



Maaf kepada nama mereka yang tak disenaraikan, sbb lupa lah you all bawak menu aper.

Acara bermula pukul 12.30 tengah hari. Sebaik saja waktu rehat bermula. Semua orang dengan pantas menyerbu bilik EDP dimana segala makanan terhidang. Kepada mereka yang terpaksa menjaga caunter, tindakan pantas telah diambil dengan menyimpan sedikit bekalan. Takut nanti tak sempat makan...



Kepada pengeluar pisang yang ingin mencari duta produk pisang, disini saya sertakan gambar mereka. Mana tahu ada yang berpotensi..



Orang yang terlibat dengan gambar dibawah, jangan marah gambar anda telah diambil oleh cameraman bertauliah. Saya faham situasi anda sekarang. Orang bercinta memang tidak akan menyedari gambar mereka telah diambil..



Akhir kata terima kasih kepada tetamu yang hadir..

Rgrds
Mayonnaise with Love


makan tu xtxt yg sgt sronok kan?
jom jengah http://thebeauty.fotopages.com
Mon 12-Nov-2007 07:34
Posted by:LynZ mv_creativedesign@yahoo.com  - [Link]
Gifts/ events/ weddings @ That Magic Moments
++Customised 2008 Calendar
++Diaper Cupcakes
++Nona Roguy
++Wedding Website
++Wedding Video/Photography
Thu 29-Nov-2007 10:13
Posted by:ciklalat  - [Link]
Gifts/ events/ weddings @ That Magic Moments
++Customised 2008 Calendar
++Diaper Cupcakes
++Nona Roguy
++Wedding Website
++Wedding Video/Photography
Thu 29-Nov-2007 10:18
Posted by:ciklalat  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 1-Nov-2007 09:48 Email | Share | | Bookmark
Novel collection

 
Salah satu hobi saya ialah membaca novel. Walaupun koleksi novel saya tak la sebanyak buku2 yang kat llibrary tu, tapi kalau nak packing utk pindah, kene siapkan 1 kotak besar jugak la.

Dalam banyak-banyak novel yang dah saya baca, saya bebetul suka dgn novel Bicara hati hasil karya Damya Hanna.

"Kisahnya mengenai Zahlia dan Tengku Syahran yang tidak sengaja bertemu ketika kemalangan yang melibatkan kereta mereka. Tengku Syahran ni memang anak orang kaya dan ibunya nak jodohkannya dgn Linda. Tengku Syahran tak mencintai si Linda dan dia cari jalan macam mana untuk mengelak dari berkahwin dgn Linda. Tiba-tiba dia dapat idea untuk berkahwin kontrak dgn Zahlia. Terperanjat Zahlia bila tengku Syahran menyuarakan rasa hatinya.. Setelah dipujuk oleh Tengku Syahran, Zahlia pun bersetuju membantu tengku Syahran untuk berkahwin kontrak kontrak dgn lelaki itu. Tetapi dgn syarat hak-hak peribadi Zahlia tidak dicerobohi.. Ooowww!!
Selepas berkahwin Zahlia terpaksa tinggal bersama dengan mak mertuanya. Dalam erti kata lain ibu kepada Tengku Syahran la.. Tapi nasib baik mak dan family Tengku Syahran ni baik orangnya. Planning diorang utk tinggal berasingan dgn family tak menjadi. Maka terpaksa Zahlia tinggal sebilik dan tidur sekatil dgn Tengku Syahran.. Orang lelaki ni egonya tinggi, selepas berkahwin Tengku Syahran tak memegang janjinya kepada Zahlia. Dia berusaha untuk menyentuh Zahlia... uhukk..
Emm... Walaupun tengku Syahran ni ego tapi baik orangnya.. Akhirnya mereka berdua saling jatuh cinta tetapi mereka tidak meluahkannya. Simpan dalam hati..
Akhirnya barulah mereka merasakan yang mereka salling memerlukan antara satu sama lain dan memang happy ending.."

Klau laa saya yang menjadi Zahlia... pembaca pls comment.. TQ

Rgrds
Mayonnaise With Love


Care to comment?


Friday, 26-Oct-2007 03:10 Email | Share | | Bookmark

 
Picture taken by Mayonnaise..


Location : Lebuhraya Utara Selatan kat Ayer Keroh
Time : 6.58pm
Date : 1 September 07



Rgrds
Mayonnaise With Love


elok pic ko amik. smart! Tue 19-Feb-2008 09:16
Posted by:Tj Zahari
Add comment


Thursday, 25-Oct-2007 02:52 Email | Share | | Bookmark
SeLaMaT HaRi RaYa..

 
 
Tak terlewat lagi kot kalau saya nak ucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca budiman. Tak lupa juga saya ingin mengucapkan Happy Deepavali yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.. ehe..

Sejak saya terjumpa beberapa fotopages yang menunjukkan hasil kerja tangan mereka yang membuat cupcakes dan juga dorongan dari kawan saya yang bernama TJ, saya pun bercita-cita untuk menghasilkan beberapa biji cupcakes. Tak tau macam mana nak wat..?? saya carik resepi kat internet. Dapat juga.. Then g Tesco cari segala aksesorinya.. dan inilah hasilnya. Tapi saya tak pasti la adakah cupcakes yang saya hasilkan ini rasanya sama dgn cupcakes yang saya tgk kat internet..





Rgrds,
Mayonnaise With Love

wah mimi hebat
aku nak beli ni
Tue 19-Feb-2008 09:18
Posted by:Tj Zahari
Add comment


Thursday, 11-Oct-2007 05:43 Email | Share | | Bookmark
Raya Fever I

 
 
 
Malam ni kita akan tengok anak bulan. Sama ada ari Jumaat atau Sabtu kita akan beraya. So nak tanyer ni.. macam mana persiapan raya anda? baju raya berapa pasang? kuih raya berapa jenis? Selalunya itulah soalan yang kita selalu tanyer kann..

You all ingat tak masa kite kecik-kecik dulu, mesti sibuk nak beli kad raya. sumer org kita nak bagi. Tak kira lah rakan sekelas ker, pakwe ker, cikgu disiplin ker.. ehee.. dan diakhir ucapan dalam kad raya tu mesti kita akan berpantun. Bukannya aper, nak asah skil berpantun la konon..

Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Ada jugak yang berpantun macam ni:

Pecah kaca pecah tong
Sudah baca harap gantung

Hehe.. dan ada beberapa lagi.. saya pun dah tak ingat. Kadang-kadang tu bila teringat citer dulu-dulu, rasa mcm nak jadik budak-budak balik. Nanti boleh antar kad raya dan tulih pantun mcm tu lagi.. Tapi semenjak saya dah membesar ni, aturcara balas membalas kad raya dah takde. Sejak saya dah meningkat dewasa ni.. ehe.. konon laa.. langsung dah tak beli kad raya. Tapi baju raya masih lagi dijadikan aturcara penting setiap tahun. Baju baru mesti paling koman pun tiga pasang. Kasut 2 pasang, hand beg mesti ada.. tudung mesti beli sama kaler dgn baju..


[color=black]Ini koleksi baju dan kasut raya tahun lepas laa.. tahun ni penyer belum boleh dipertontonkan kepada umum

Tapi tahun ni saya rasa dah up skit la. Sebabnya kuih raya tahun ni semuanya dihasilkan sendiri oleh tangan saya. Ehe.. itu yang membuatkan saya kagum kepada diri sendiri.. tak sangka rupanya saya ni berbakat juga dalam membuat kuih dan kek ni. Cuma skil tu masih perlu diasah supaya ia menjadi lebih tajam dan power.. ehehe..

Akhir kata Saya mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin'[/color]



Rgrds
Mayonnaise with Love

Care to comment?


Monday, 1-Oct-2007 11:47 Email | Share | | Bookmark
TeMaN tApI mEsRa

 
 
Hi... walaupun saya sudah lama tidak meng'update' ini fp tetapi saya masih ingat kepadanya.. kali ni punyer entry, saya nak memperkenalkan beberapa orang kawan seofis yang tidak malu dan menyuruh saya memaparkan gambar mereka di fp saya. Untuk tidak menghampakan hajat mereka, saya telah cuba sedaya upaya meng'upload' beberapa gambar mereka. Kepada anda diluar sana yang berkenan untuk menjadikan mereka abang angkat, adik angkat, kakak angkat.. atau ape saja yang terangkat.. dibenarkan.. saya tidak kisah..


Ini kawan seofis saya. Dia bekerja di bahagian IT. Saya tidak kenal rapat dengan dia tetapi setiap kali jika PC saya menghadapi demam panas, dia akan sentiasa membantu merawat PC saya. Nama dia Brandon Lee. Masih single. Single bermaksud belum berkahwin. Awek?? tidak pasti sbb dia seorang yang suka berahsia..
Quote:
"Jeling-jeling.. kau menjeling, mata bertentang mata..
Malu-malu tapi mahu......."

Aper lagi yerr.. alamak sory luper lirik.



Ini pula 5 jelitawan LUXOR.. semuanya masih bujang kecuali seorang saja yang paling kanan. Aripa telah berkahwin dengan lelaki idamannya dan mempunyai seorang cahayamata. Empat lagi iaitu dari kiri: Juriyah, Juleha, Zalina dan Iena. Mereka ini masih mencari soulmate mereka. Masih belum ketemuk!!

Sampai disini dahulu episod pengenalan. Jumpa lagi di episod dua yang akan datang..

Sekian terima kasih.. SELAMAT HARI RAYA

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.