|
|
| Friday, 12-Sep-2008 09:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ramadhan 9, 10 dan 11
|
|
Tiga hari lalu adalah hari meletihkan. Letih dengan kerja yang berlambak di office dan di rumah..
Diam tak diam pun dah dua belas hari kita berpuasa kan.. mak-mak di kampung pun agaknye tengah terpikir dan sedang membuat list kuih raya tahun nie.. kan.. selain kuih raya mesti ada juga planning nak tukar langsir baru, beli carpet baru dan juga oven baru untuk bakar kueh raya, sebab tahun lepas punye aven dah rosak. Adik-adik di sekolah rendah tu pun agaknya sedang sibuk menulis kad raya untuk diberi kepada kawan-kawan.. macam saya dulu2 jugak masa di sekolah rendah..
Kaum bapa.. apa yang mereka buat yer..saya tak berapa pasti pulak. Tapi abah saya sibuk nak bayar zakat. Mereka ni hanya diperlukan masa dekat nak raya nanti je, contohnya potong buluh buat lemang, kacau dodol dan pasang pelita masa malam tujuh likur nanti..
Bagi pekerja macam saya.. apa lagi, bonus lah yang dinantikan. Tahun nie berapa lah agak bonus yang saya dapat..? huhuhu...
Ini pulak menu makanan saya tiga hari lalu.. asyik makan nasi bungkus je, tak ada masa nak masak. Bukannya tak de masa, sebab sinki rumah saya tu tersumbat jadi ia telah mengganggu kerja2 di dapur.. alasan semata-mata nie..
 
Oh ye.. Lupa nak cerita kat you all..
Sehari sebelum puasa, saya dan kawan-kawan seperjuangan yang melibatkan diri dalam wedding biz telah bertemu dah bertukar-tukar idea dan pendapat bagaimana untuk memajukan perniagaan yang ada.. Tempat perjumpaan adalah di Restoran Cheng Ho, Wangsa Maju kepunyaan Amy Search.. tapi dia takde.. kalau ada boleh gaks amik gambo dgn dia.. Makanan kat ctu memang sedap-sedap hingga menjilat pinggan.. So anda boleh cuba makan kat situ untuk berbuka puasa atau boleh juga pergi selepas bulan Ramadhan.. ikut suka korang la...
Nie lah view dalam restoran tu yang memang sarat dengan orang ramai...
Ini pulak dari luar kedai..
#######################################################################################
Andaman Narr Promo
Voucher Diskaun RM100 untuk tempahan pakej perkahwinan
Anda diberi pilihan memilih dan menempah pakej perkahwinan seperti berikut:
Pakej 1 @ RM900 : 2 pasang lace/songket L&P, aksesori lengkap, 2x makeup
Pakej 2 @RM1000: Sepasang lace/songket L&P, aksesori, 1x makeup, pelamin rumah (Pelamin dewan + RM100)
Pakej 3 @RM1500: 2 pasang lace/songket L&P, aksesori, 2x makeup, pelamin rumah (Pelamin dewan + RM100)
Pakej 4 @RM1900: 2 pasang lace/songket L&P, aksesori, 2x makeup, pelamin rumah, hiasan bilik tidur, pintu gerbang
Pakej 5 @RM1750: 2 pasang lace/songket L&P, aksesori, 2x makeup, pelamin dewan dan pintu gerbang
Pakej 6 @RM1900: 2 pasang lace/songket L&P,aksesori, 4 pasang persalinan tradisional L&P, 3xmakeup, pelamin rumah (pelamin dewan +RM100)
Pakej 7 @RM2400: 2 pasang lace/songket L&P, aksesori, 4 pasang persalinan tradisional L&P, 3xmakeup, pelamin rumah, hiasan bilik, pintu gerbang, bantal nikah (pelamin dewan + RM100)
Voucher Diskaun RM50 untuk tempahan pakej nikah/pertunangan/sewaan pakaian pengantin sahaja
Pakej pernikahan @RM480: Sepasang lace/songket L&P, aksesori, 1x makeup, bantal nikah
Pakej pertunangan 1 @RM250: Sehelai pakaian bertunang P shj, aksesori, 1x makeup
Pakej pertunangan 2 @RM550: Sehelai pakaian bertunang P shj, aksesori, 1x makeup,pelamin tunang
Sewaan pakaian pengantin L&P beserta aksesori @RM350
Voucher Diskaun RM30 untuk tempahan solekan sahaja
Solekan majlis bersanding/bertandang RM170 (harga asal RM200)
Solekan majlis tunang /nikah RM120 (harga asal RM150)
Solekan majlis dinner/event RM7 (harga asal RM100)
Terma & syarat
++ Kupon diskaun ini sah digunakan antara 09.09.2008 sehingga 31.12.2008
++ Majlis perlu berlangsung antara 09.09.08 sehingga 31.12.2008.
++ Jika anda ingin mendapatkan voucher diskaun RM100/RM50/RM30, emelkan permintaan anda kepada naritahanimsbridal@yahoo.com, nyatakan voucher pilihan dan info majlis perkahwinan anda. Pihak Andaman Narr akan menyerahkan voucher diskaun tersebut kepada anda melalui emel juga.
++ Anda boleh membuat tempahan dan pamerkan voucher yang telah di'print' ketika mengunjungi kami.
++ 10 tempahan awal untuk pakej perkahwinan sahaja akan menerima : 49 pcs cupcakes(small size)/25 pcs cupcakes (medium size)/16 pcs cupcakes (large size) = mengikut pilihan anda..
Promosi Pelamin Baru
Selain itu Andaman Narr juga ingin mempromosikan rekaan pelamin baru kami. Pelamin yang dimaksudkan masih belum pernah digunakan oleh mana-mana pelanggan kami. Oleh itu kami ingin menawarkan tempahan pelamin yang dimaksudkan dengan harga RM750 (pelamin tanpa pakej dan tidak termasuk charge pengangkutan.Tempahan beserta pakej akan dipertimbangkan). pelamin tersebut sesuai digunakan untuk majlis yang berlangsung di dewan/tempat terbuka sahaja. Pihak Narr masih belum mempunyai koleksi gambar pelamin tersebut tapi kami yakin akan menghasilkan pelamin yang menarik dengan penggunaan aksesori sampingan dan bunga2an artificial yang berkualiti. Sentuhan pelamin itu nanti kelihatan simple tetapi penuh elegen dan bergaya.
Untuk lima tempahan awal pelamin (tanpa pakej), kami ingin menghadiahkan anda 3 tier cupcakes (35 pcs M size with buttercream sumbangan Sweetheart Cupcakes beserta dekorasi untuk anda letakkan dimeja makan pengantin / mana2 shj pilihan anda.
Deposit serendah RM200. Baki bayaran perlu dijelaskan sebaik shj selesai pemasangan pelamin. Promosi ini khas untuk majlis yang akan berlangsung antara 15 Oct 08 hingga 15 Feb 09 shj..
Layari http://andamannarr.fotopages.com untuk info terkini
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 9-Sep-2008 05:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ramadhan 7 dan 8
|
|
Thanks to akak Fauzana (http://fauzana78.fotopages.com) sbb bagi tazkirah nie.. sama2 menghayati ok..
EMPAT TUNTUTAN
"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183
Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.
Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;
1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.
Rasulullah SAW telah menggesa para sahabat untuk menjadikan keempat-empat perkara ini sebagai suatu amalan. Abu Saeed Khudri r.a meriwayatkan bahawa:
"Suatu ketika Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT agar diberikan satu kalimat khas yang mana Baginda dapat mengingati Allah SWT dan dapat memohon sesuatu melaluinya. Lantas Allah SWT menyuruhnya menyebut kalimah tersebut. Nabi Musa AS berkata: "Wahai Allah, kalimah ini dibaca oleh semua hamba-Mu, aku mengkehendaki yang khusus." Lalu Allah SWT menjawab, "Wahai Musa, jika ketujuh-tujuh langit dan bumi dan semua yang terkandung di dalamnya kecuali Aku diletakkan ke atas sebelah dacing dan kalimah ini pada sebelah yang lain, kalimah ini lebih berat lagi daripada segala sesuatu."
Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.
Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.
Di samping itu, kita turut dituntut agar sentiasa berdoa supaya ditempatkan di dalam syurga sambil meminta kepada Yang Maha Esa menjauhkan kita daripada ancaman api neraka. Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga ialah seperti berikut:
"Allahhumma as'alukal jannata wa a'uzubika minannar."
Dengan memperbanyakkan amalan di atas, maka akan bertambah banyaklah amal ibadah yang kita lakukan untuk memenuhi bulan Ramadhan ini. Ramadhanlah masanya yang paling sesuai untuk memperbanyakkan ibadah lantaran tiadanya gangguan godaan daripada iblis dan syaitan.
Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.
Ini pula dari http;//srsfeqah.fotopages.com tenkiu ye..
Ini pula tag dari http://leezbalezza.fotopages.com
Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza, sejenak bersamaku, cherita dapur, kaklin,Mamasya,Umieaisyah,dapurimpian, zai@umiaimanzulfaqar, leezbalezza, http://mayonnaise.fotopages.com
Ni Arahan Nya…
Copy Gambar Kat Atas Tu Dan Post Kat Blog Kalian
Teruskan Mencari Mangsa Seramai 5 Org..(Nak Lebih Pun Takpe)
Setelah Mengenalpasti Mangsa Yg Sesuai, Sila Tinggalkan Pesanan Di Blog Mereka
Lastly, Jgn Lupa Tempek Url Kalian Sebelah Url mayonnaise Kat AtasTuh...
Ramadhan 7 dan Ramadhan 8..
Ramadhan 7 saya berbuka puasa sorang2 di rumah.. sbb En. Lie kene kerja.. saya mkn nasi goreng daging merah + air jagung. Yang telur tu saya balik goreng kat umah jerk.. hehe..
Ramadhan 8 saya makan meehon sup
Adios..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 6-Sep-2008 08:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Menu Ramadhan dan musim putus Cinta
|
|
Owhh.. saya dah tertinggal untuk mengabadikan menu makanan berbuka puasa saya selama lima hari kat sini.. bila tgk fp kengkawan.. masing-masing menunjukkan menu berbuka puasa diorang.. pergghh jeless seh.. so from now onwards I try my best to amik gambar makanan-makanan yang saya beli di Pasar Ramadhan/atau masak sendiri (insyallah, tapi setakat hari nie belum penah masak utk berbuka lagi..huhu) dan publishkan dalam fp kesayangan saya nih..
Tapi just share dgn you all la.. sepanjang lima hari berpuasa menu makanan berbuka puasa saya ialah rojak mee,nasi ayam pak Sharip, nasi lauk ikan keli+kerabu mangga, roti bom, bubur kacang dan minum air jagung, laici kang dan teh bunga.. saya juga klau boleh telah membuat jadual akan cuba membeli belah di setiap pasar Ramadhan yg berbeza.. hehe.. saja nak melawat dan amik mood seronok jerk. Kawasan perumahan yang saya tinggal nie byk pasar Ramadhan di sana sini..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Mesti you all heran kan kenapa title saya yg kat atas tu tulih musim putus cinta?? hehe.. sbb tiba-tiba aje ada dua org kawan saya yang putus cinta menjelang ramadhan..
Kisah 1
Seorang kawan lelaki saya bernama H(bukan nama sebenar.. ) telah mempunyai girlfren (Y, bukan nama sebenar).. ntah macam mana datang sorang gal yg lain (Z, bukan nama sebenar)syok sakan kat H.. Si H nie pulak tak tahulah kenapa dia melayan gal tu.. tapi hubungan H dgn Y tetap berjalan lancar. H mmg sayangkan Y. So H mengambil keputusan untuk bertunang dgn Y dua bulan lalu.. Tapi H stiil lagi contact Z. Sebulan sebelum berpuasa, H decide untuk putuskan hubunga dengan Z demi memikirkan masa depan dia bersama Y.. maka putuslah hubungan H dan Z. Tapi H sangat terkejut dengan secara tiba-tiba Y ingin memutuskan pertunangan mereka.. ape dah jadi nie? maka tali pertunangan mereka terputus 2 minggu sebelum puasa....
Sayu btul saya dengar kisah H nie...
Kisah 2
Kisah2 lg sedih.. nnt saya sambung ok.. sbb saya dah nak g beli kueh nie.. kepada mereka yg dah drop kat my fp.. harap sabar ye.. nnt saya update kisah 2... (6.9.08)
Maaf ye.. sebab saya baru nak update kisah 2 nie..
Kawan saya nama M(bukan nama sebenar), sebenarnye dia dah ada boypren (R bukan nama sebenar) dan dah lama menjalinkan hubungan dengan boypren dia tu. Tiba2 dia rasa ada something yang kurang dengan boypren dia tu.. Dan dia pun tiba2 nak carik boypren lain. Kebetulan pulak ada someone yang selalu SMS dia.. maka M pun jatuh sayang kat orang yang selalu SMS dia tu (J bukan nama sebenar).. Perhubungan merangkap percintaan SMS terjalin selama sebulan aje..
Pada hari pertama sahur, M telah keluar bersahur dengan boypren dia yang sedia ada tu..M cuai dan meletakkan hanfon di atas meja makan sementara dia pergi mengambil makanan dalam restoran tu.. Masuk pula SMS dari dari si J. Lalu R mengambil hanfon tu dan membaca SMS dari J. Apalagi mengamuk juga si R, Umpama jatuh ditimpa tangga, J call M.. lalu R terus menjawab call tu..
Saya rasa you all pun tahu apa kesudahannya kan... J terlalu sedih dan memutuskan hubungan dengan M. Si M pula merasakan J adalah someone yang betul-betul sesuai dengan jiwanya.. M merayu dan meminta maaf dengan J dan mahukan J semula.. Tapi J nie keras hati, dia tetap dengan keputusannya..
Kesian si M.. dia rasa sangat menyesal dan kecewa... (9.9.08)
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Ramadhan 6
Saya dan En. Lie bercadang berbuka puasa luar dari kawasan perumahan kamilah kononnya. Maka kami pun pergi ke area Selayang (berhampiran studium Selayang). Tapi malangnya kebanyakan restoran di sana menawarkan service buffet yang agak mahal. RM16 satu kepala.. mahal tu. Lagipun berbuka puasa nie bukannya boleh makan byk sangat, cepat kenyang. So kami decided beli nasi dekat ada sorang makcik yang membuka gerai di tepi jalan. Dah beli nasi.. tak tahu pulak nak makan kat mana.. pikir punyer pikir.. ini lah idea En Lie.. berbuka puasa di Cafe Hospital Selayang. Ini lah menu kami pada ramadhan yang ke enam..
Nasi Dagang + Daging Kurma + Fresh Orange
Nasi putih + bermacam jenis lauk..
Menu sampingan = cucur udang+kuah kacang, karipap, lepat pisang
Suasana di Cafe Hospital Selayang.. saya snap gambar secara sorok2, nnt En. Lie marah..
Adios..
~Mayonnaise~
|
|
|
|
|
|
| Friday, 29-Aug-2008 11:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ramadhan dan Merdeka..
|
|
Assalamulaikum..
Ramadhan datang lagi.. rasanye baru saja kite menyambut Ramadhan yang lepas tapi alhamdulilah, bersyukur kepada ALLAH kerana telah memanjangkan umur kita untuk menyambut sekali lagi Ramadhan tahun ini..
Ayat atas tu skema skit.. tapi btul ape yang saya cakap tu.. betul tak kawan-kawan?
Rasa seronok nak nyambut Ramadhan nie sbbnya boleh balik kerja sejam awal. Rasanya bukan saya sorang aje kan tapi agaknye kebanyakan you all pon mcm tu gaks kan, Company beri pelepasan awal satu jam balik kononya dan membuat persiapan berbuka..
Sebut pasal berbuka nie.. mesti dah terbayang-bayang lauk pauk, kuih muih dan air yg bermacam kaler yg terjual kat Pasar Ramadhan tu.. saya pulak kalau time bulan puasa asyik nak carik air jagung dengan popia basah aje..
**********************************************************************************************************************
MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
Time merdeka nie yang paling seronok aganya tengok bunga api kot. Tapi tau2 la mesti jammed kalau nak kluar KL.. Saya setiap tahun.. dari tahun baru sampailah sambut merdeka.. dok tengok bunga api kat The Curve aje.. Yerlah dah rumah saya dekat sangat dengan The Curve tu.. so dari menempuh jammed nak ke Dataran / KLCC / Putarajaya.. lebih baik tgk kat The Curve aje.. Selalunya saya pergi naik motor aje dgn En. Lie.. Hehehe..
**********************************************************************************************************************
Apa kata hari nie saya promote Wak Kumis pulak dalam entry saya.. dulu saya pernah meng'glemer' kan Zai Kulim kan..
Yaa ALLAH Yaa robi,Muliakan lah Saudara2 ku ini,Bahagiakan lah dia bersama keluarganya,Berkahi lah rezekinya,beri dia kesihatan jasmani & Rohaninya,kuatkan imannya,Dalam menyambut bulan suci Ramadhan yang penuh barokah & magfiroh in,mohon ma'af lahir dan Batin.Abdul Razak sekeluarga,Singapura.
Selamat berpuasa Wak..
**********************************************************************************************************************
Saya dan En. Lie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan SELAMAT HARI RAYA..
MERDEKA!!!
Jom merdeka sale kat The Curve.. Actually saya ada recce baju yang nak dibeli.. hehe..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Aug-2008 03:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Susuk The Movie
|
|
Rasanya tak terlambat kot kalau saya update kat sini dan memberitahu bahasanya saya telah menonton filem SUSUK malam Rabu lepas bersama mak saya..
Mak saya datang KL.. so saya bawa lah dia g tgk wayang & karaoke kat Cineleasure Damansara.
Sinopsis
Soraya seorang jururawat pelatih bercita-cita menjadi penyanyi. Suatu hari Suraya mendapat PAS VIP untuk menonton konsert penyanyi bernama Rozana dan Mona. Rozana nie memang baik hati agaknya, dia dan Soraya menjadi rapat. Rozana menceritakan tentang penggunaan Susuk.. Susuk yang membezakan antara penyanyi superstar dengan orang biasa. Suraya nie macam bengong2 skit dan mempercayai kata-kata Rozana. Suatu hari Rozana membawa Suraya ke dukun yang memberikan susuk kepada artis-artis terkenal. Macam supplier gitu.. Suraya ingin menjadi terkenal seperti Rozana lalu pergi bersendirian berjumpa bomoh Susuk tersebut.
Pada waktu yang sama, Suzana adalah seorang penyanyi terkenal dan suara nyanyiannya menjadi gilaan ramai. Tapi memang suara dia sedap..
Nak tahu apa yang terjadi dengan Suraya ahirnya? You all kenelah pergi tengok cerita tu.. ok hehe..
Sorry tak de pulak poster cerita Susuk nie.. Kalau sesape tau dari mana nak dapatkan poster nie.. bagi tau yer..
********************************************************************************************************************
Saya demam + selsema + sakit tekak.. Aduih tak tahannya. Btw, saya nak share gambar nie dengan korang sumer..
Saya sangat suka gambar nie.. saya rasa mcm seorang model yang sedang mempromosikan 'Cuti-Cuti Hawai' hehehe.. perasan aje kan..
Gambar nie pon ok gak. Ada dua org model wanita bakal menjadi duta produk LUxxx hehe..Posing tu bergaya habihh..
Rgrds
~mayonnaise~
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Aug-2008 02:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Jawab tag dari http://aini-ann.fotopages.com~
|
|
Mari kita menjawab tag dari kak Aini..
RULES
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.
So now, on to the questions...
1) What were you doing 5 years ago?
Kalau 5 years ago tu maknanya dalam tahun 2003 kan... hehe.. Saya baru habis study kat UPM. Kedian terus balik kampung merehatkan otak sebelum datang semula ke KL mencari kerja..
2) What are 5 things on your to-do list for today?
Hari ni Sabtu.. 23 Ogos 2008
i. Saya bangun pagi gosok gigi, mandi, goreng nuggets nak bawak bekal g kerja
ii. Sampai ofis, check email and tgk mayonnaise fp.. ada kene tag pulak dari kak Aini nih..
iii.Terus jawab tag Kak Aini sambil minum milo.. kedian buat kerja ala kadar aje..
iv. Petang nih nak g hantar baju pengantin yg disewa oleh customer
v. Kedian balik umah dan tido.. saya sakit tekak dan rasa mcm nak demam laa...
3) What are 5 snacks you enjoy?
i. Saya suka mkn coklat.. En. Lie marah saya mkn coklat. Tapi klau saya beli coklat, dia mkn jugak dan menghabiskan coklat itu.. (poyo kan dia.. hehehe)
ii. nuggets jenama RamLY Burger atau yg dibeli dari KFC
iii. Cheezels ( alaa.. makanan ringan yg packingnya kaler biru tu..
iv. Potato Chip
v. Kentang goreng..
4) What are five things you would do if you were a billionaire?
Makk..aiii….susah nih….takut pun ada..kalau jd billionaire…
i. Pertamanya, settlekan segala hutang kredit card dan installment kereta
ii.Membesarkan perniagaan butik pengantin saya.. maybe bukak cawangan.. hehe
iii.Apa lagi... melancong dan bershopping la. Tapi saya teringin nak wat umrah dengan mak dan ayah saya
iv.Buat rumah.. satu utk parents, satu utk saya.. Kedian bina rumah untuk disewakan kpd org.. (income tu)
v.Buat simpanan untuk adik saya.. diorang tu still belajar.. kira buat dana pelajaran lah utk diorang.. tak payah lah ayah saya pening kepala nak carik duit klau diorang dapat masuk universiti..
5) What are five jobs you've had?
i. Jadi cashier kat shopping centre (masa tunggu SPM)
ii. Masa belajar kat UPM, kerja part time kat Dewina Catering
iii. Jadi receptionist, dalam masa 6 bulan aje. Selepas abih study kat UPM..
iv. Sekarang kerja as a HR officer.. hehehe..
v. Pastu skrg part time jadi make-up org pengantin dan wat wedding biz secara kecil2 an
Okey sekarang mari meng 'tag' org...
Kepada mereka2 yg bertuah.. sudilah kiranya anda menjawab tag ni.. mekacihh...
http://merpati66.fotopages.com
http://nursyakirah.fotopages.com
http://leezbalezza.fotopages.com
http://nazirah910.fotopages.com
http://fauzana78.fotopages.com
Rgrds
~mayonnaise~
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Aug-2008 05:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My BOSS Resigned
|
|
Watss? Lamanya saya tak update my fotopages. Berkurun gaks ni.
Sorry to all.. yang menantikan cerita terbaru saya...
Sebenarnya takde cerita yg best sangat so saya pun mendiamkan diri aje lah.
Emm.. lama jugak tak visit fp kengkawan yang lain.. sory yer.. nanti saya buat kunjungan muhibbah
Ape yang terjadi selepas saya pulang dari genting??
My BOSS letak jawatan.. kenapa dia mesti resigned dulu before me? why? why?
Patutnya saya yang perlu letak jawatan dulu sebelum dia..
Supaya dia tahu betapa saya terseksa bekerja dibawah arahan dia.. ahaksszz
Tapi takpe.. sekarang dia dah resign.. harap saya dapat bekerja dengan aman di sini..
Niat saya untuk mencari kerja lain boleh ditunda
Pada suatu waktu yang difikirkan sesuai nanti..
Sekarang tumpukan perhatian untuk memajukan perniagaan perkahwinan saya..
Nak tengok ke muka my BOSS yang selalu membuat saya terseksa tu? huhuhu..
Ni ler.. BOSS saya yg disebelah kanan tu.. belum kawin..
Sebenarnya bukan BOSS saya sorang aje yg resign..
En Muhammad Adam Lee Abdullah pun resign juga, nak tahu siapa??
cuba tgk gambar yg kat bawah tu.. hehee.. mesra kan..
Gambar yang kat bawah nie di'snap' hari Sabtu lepas..
Maklumlah.. kami semua memang suka bergambar..
Pantang nampak camera, maka datang lah sawan-sawan kami semua.. huhuhu..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
MESEJ DARI EN. LIE
Terima kasih kepada mereka-mereka yang sentiasa berkunjung ke fp Cik Mimi's@mayonnaise nie.
Setiap entry mesti ada gambar saya,saya tak minta, tapi dia yang masukkan tanpa pengetahuan saya.
Walau bagaimanapun saya memaafkan dia.. nanti kalau tak bagi, dia akan nangis berguling-guling
seperti yang selalu dia buat klau saya tak bagi dia ambil gambar yang pelik2..
Terima kasih juga kepada mereka yang beri perhatian kat gambar saya tu.. haha..
Ada yang tegur berkenaan 'misai' saya tu..
Sebenarnya itu 'misai' carik makan. Cik Mimis@mayonnaise pun suka saya ber'misai..'
Dulu pernah saya cukur 'misai' tu.. tapi Cik Mimis @mayonnaise cakap..
..muka saya tanpa misai umpama minum teh tanpa gula..
Akhir kata 'Majulah fotopages untuk negara'.. Sekian terima kasih..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Aug-2008 08:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Genting Highland - part 2
|
|
Continue from GH - Part 1,
Cuaca lepas habis rehersal hari Sabtu malam Ahad tu sejuk boleh tahan lah..
Rehersal habis pukul 2 pagi. Lepas tu semua crew yang terpaksa bekerja untuk function nie
lari ke bilik.. sebab ngantuk, nak tido.. zzZZzzzzZzz
Keesokan harinya dah kena bangun pukul 8am for breakfast. Dengan suhu sejuk beku yg sgt best
Teringin rasanya nak tarik selimut lagi..
After breakfast.. rehersal-rehersal sampai lebam..
Mesti you all tertanye-tanye ape function sebenarnya yang company saya buatkan?
Dan si budak Mimi nie apa yang dia rehersal kan?
Okey, sebenarnya saya ni bekerja di salah satu Direct selling (MLM) company kat Petaling Jaya
So, function malam tu ialah untuk menghargai semua distributor yang mendapat anugerah macam Diamond Manager, Super Crown Manager dan yang sewaktu dengannya..
and me.. saya bekerja di atas pentas membawa trofi, diberikan kepada Tan Sri
dan Tan Sri memberi trofi kepada orang yang mendapat anugerah..
Itulah kerja saya malam tu sampai kaki saya dah kene senggugut..
Cuba tengok gambar-gambar yang dibawah nie,
itulah costum yang dipakai oleh saya yang bekerja sebagai pembawa trofi malam tu..
Monday 28 July 08
Breakfast Monday morning agak sedap..
Sebelum we all bertolak balik ke PJ, ronda-ronda dalam indoor Genting acara utama.
Saya and the geng.. kita org main roller coster yg dalam indoor tu.
Tapi gambar tak sempat nak ambil sbb excited sangat naik benda tu..
Nie lah saye...
Saya dan office mate.. Inna
Ada Lovely Lace kat cni..
Kat depan Believe It or Not..
View.. dalam Indoor
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Jul-2008 10:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Genting Highland - Part 1
|
|
Saya dah pulang dari Genting Highland.
Cuaca macam biasa, tak sejuk sangat dan takde kabus tebal.
So perjalanan menaiki kereta berjalan lancar...
Sampai di Genting pukul 11am.. sangat awal dan tak boleh nak check in hotel lagi.
Maka saya dan rakan-rakan telah melepak di tepi dinding di depan foyer GICC
(Genting International Convenction Centre).. yang dekat Hotel First World tu..
Sambil mendengar ceramah oleh PIC untuk function malam esoknya..
Lunch kami ialah Nasi Ayam yang tidak sedap.. tapi terpaksa makan sebab lapar.
Kemudian baru dapat check in hotel.. Nak tido tak sempat sbb dah nak buat rehelsal pukul 2.30 ptg
Rehersal satu jam, kemudian takde mood.. stop. Akan sambung lepas dinner..
Saya dan rakan-rakan berjalan-jalan sekitar Genting untuk mengisi masa lapang
Kalau anda nak tahu kat Genting nie ada satu kedai mamak tau.
Kepada sesiapa yang dah tahu baguslah. Tapi kepada mereka yang belum tahu..
Sila ambil tahu... ahakssz
Restoran ni letaknya kat basemen kereta. Harga makanan tak mahal sangat..
Sekeping roti canai harganya RM1.40,
berbanding ada satu kedai mamak kat indoor team park tu.. RM3.20
Roti canainya sangat setappp..
Lepas tu we all masuk bilik dan bersiap nak dinner dan rehersal malamnya..
Rehersal sampai pukul 2 pagi.. gila ke ape.. ngantuk siot..
Sambung di lain hari...
#####################################################################################
Ada sesiapa yang dah tangok Im Not Single The Movie?
Farid Kamil berlakon.. sejak tgk KL Drift saya dah jatuh cinta dengan Farid Kamil..
Tengak malam nie mcm best skit sbb RM6 per person..
Tapi blom dapat gaji lagi.. Lambatnyaaaa
#####################################################################################
Wedding Promo - Andaman Narr
Pembikinan pelamin baru.. perhiasan belum siap lagi..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Jul-2008 10:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Out Station
|
|
All kengkawan..
Akan ke Genting Highland esok pukul 8am.. awalnya
Sepanjang peninggalan saya, jemput2lah zirah teratak saya nie..
Alahai.. saya bukan pergi lama pun.. Isnin petang sampai lah di tanah besar..
Nantikan gambor lawa + lawak saya.. hopefully ader la yerk.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Pesanan saya kepada En. Lie,
Untuk dua hari nie, I tinggalkan you..
So you boleh gi enjoy dgn kengkawan you..
Pergi tgk live band ke.. dangdut ke.. tapi jgn lupakan I ok..
Tapi I yakin.. You tak kan pergi tanpa I kan..
Call I tiap2 malam okey.. sbb nanti I miss kat You tau..
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
CUPCAKES PROMO
Tempahan bulan August masih dibuka. Silalah meng'order' Sweetheart Cupcakes
Terima kasih..
|
|
|
|
|