|
|
| Friday, 16-May-2008 18:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~SeLaMaT tEaCherS DaY~
|
|
Hari nie 16 May kan.. teachers day kan.. So saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di Malaysia. Tak kiralah anda berada di pelusuk mana sekali pun. Sesiapa disini seorang guru boleh lah tinggalkan comment anda disini berserta add FP. Sesenang nanti boleh lah saya menjenguk..
Tiba-tiba aje teringat masa zaman sekolah dulu. Rasa sangat kelakar bila ingat balik masa first day masuk darjah satu. Sehari sebelum sekolah buka memang ada hari Orientasi untuk bebudak darjah satu. Waktu tu mak saya hantar dan dia ajar saya macam mana nak beli makanan kat kantin. Dan bila saya sudah besar mak saya masih mem'praktik'an ajaran tu kepada adik saya yang bongsu (yg bongsu tu darjah 1). Duit untuk beli air poket sebelah kanan dan duit beli makanan poket sebelah kiri.
Apa yang saya ingat dulu, masa hari pertama masuk sekolah memang mak saya yang hantar. Tapi dia tak tunggu saya sampai abih waktu sekolah. Sekejap aje dia tengok lepas tu dia balik. Yang kelakarnya, masa hari pertama tu lepas aje makan di kantin, saya berjalan sesorang nak masuk kelas tapi saya tak ingat kelas saya yang mana satu.. dua tiga kali saya pusing tempat yg sama. "mana darjah 1 Merah nie?" Sib baik cikgu kelas saya nampak, then dia yg tunjukkan kelas saya.. Saya dah tak ingat lah nama cikgu saya tu..
Masa darjah dua, saya sangat terkilan. Saya teringin sangat nak buat persembahan masa hari Guru. Tapi tak pernah pun saya terpilih. Nak jugak nyanyi2.. berlakon ke..
Masa saya masuk darjah tiga kan.. saya kene tukar sekolah. Cuba bayangkan mula-mula sek. convent kan semua perempuan pastu tukar sekolah yang ada campur lelaki.. agak sedikit pemalu jadinya. hehe.. Masa kat sekolah ni saya mencipta nama. pergghh, masuk pertandingan bercerita tahap satu dapat jadi naib johan aje. Pastu ada pulak budak lelaki yang pandai tulis surat cinta kat saya... Tapi waktu tu saya agak naif pasal cinta (ceewahh.. poyo aje ayat nie). Bila budak lelaki tu bagi surat cinta kat saya, saya mengadu kat cikgu kelas. Saya bagi surat tu kat cikgu. hehe.. cikgu marah kat budak laki tu.. Cikgu baca kuat-kuat surat tu dalam kelas. Padan muka budak tu.. huhh.
Saya ingat lagi nama budak tu... harus kah saya sebutkan disini nama budak tu? Nama dia Ismail. Tak tau lah apa dah jadi dgn dia sekarang..
Cikgu kelas saya darjah empat memang sangat garang. Setiap kali murid-murid tak dapat jawab soalan dia, mesti kene berdiri atas kerusi. Ada satu hari saya ingat lagi.. dia nak buat test jawab soalan secara lisan.. time tu semua murid-murid tak dapat jawab soalan dia, dia suruh kami beratur depan kelas then dia pukul tangan kitorang dengan rotan. Sangat zalim cikgu tu. Saya pun tak tau apsal dia jadi mcm tu hari tu. maybe dia gaduh dgn husband dia.. atau tgh datang bulan, saya tak sure.
Cikgu saya darjah lima pun baik juga orangnya. Dia suka bercerita pasal anak-anak dia kat kitorang. We all pun memang suka dengar cerata-cerita dia.. Dia tak lah garang sangat, tapi bila mengajar dia memang tegas lah. Dia yang bagi nama saya untuk calon sebagai angkasawan.. ehh bukan ahli pustakawan.. Tapi saya telah direject masa interview untuk jadi pustakawan. Tak cukup power ke saya nih atau cabel saya yang takde power.. hehe
Paling saya ingat ialah cikgu kelas saya darjah enam. Nama dia Cikgu Shafie. Dia ajar kitorang subjek Bahasa Malaysia. Ada sekali tu, saya buat karangan. Tapi saya tak ingat kisah ape yg saya ceritakan.. tapi watak dalam cerita tu saya gunakan nama dia.. hehe.. Saya bukan admirer kat cikgu tu.. tapi ntah apsal lah saya guna nama dia.. hehe.. agaknya bila dia baca karangan saya tu mesti dia gelak-gelak. Tapi saya dapat B+ aje..
Setiap Hari Guru, saya mesti nak beli hadiah untuk cikgu-cikgu saya. Tapi tak lah mahal barang-barang tu. Selalunya saya bagi pen atau bunga aje.. bunga plastik. Memana cikgu yang glemer atau baik hati, memang diorang akan dapat hadiah byk berduyun-duyun. Tapi yang dapat hadiah skit tu.. hehe. paham-paham aje lah..
Itulah serba sedikit pasal cikgu-cikgu saya masa sekolah rendah.. yang pasal sekolah menengah tu.. nantilah, kalau saya ada mood bercerita. Actually saya update fp kat ofis nie. Sekarang dah kol 6.50pm Memandangkan semua staff dah balik maka saya pun nak balik jugak nih. Tak kan nak duduk sesorang kat ofis nie.. Owwhh, sebelum saya balik, saya nak carik resipi kek lah kat memana fp nih.. hehe..
Memandangkan Hari Isnin pun cuti juga.. saya nak ucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Hari Wesak..
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 14-May-2008 15:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ Saya di Tag ~
|
|
Hi all,
Saya telah di tag lagi oleh Oli dari http://ashadieeyah.fotopages.com, shuhada dari http://shuhada-wahi.fotopages.com dan Aisyah dari http://ahhami.fotopages.com. Terima kasih ye kerana sudi menge'tag' saya.. Saya telah berusaha untuk menjawab soalan-soalan tu dan inilah hasilnya..
**********************************************************************************************************************
The Rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog
Here the answer:----->
Saya dilahirkan di Alor Setar Kedah pada 25 March .... pada pukul 8.32pm. Saya adalah anak sulung kepada En. Shamsudin dan Pn. Fauziah. Anak sulung dari empat beradik dan mempunyai 3 orang adik lelaki. Saya bersekolah di empat buah sekolah rendah iaitu..
- SRK Convent Teluk Intan (darjah 1 & 2)
- SK Sungai Tungku Teluk Intan (darjah 3)
- SK Taman Muda Ampang (darjah 4 & 5)
- SRK Taman Seri Gombak (darjah 6)
Ayah saya tu kerja gament so selalu kene transfer. Disebabkan banyak sekolah saya teroka makan saya mempunyai ramai kawan ketika itu. Kemudian saya belajar di 2 buah sekolah menengah iaitu..
- SM Seri Gombak (tingkatan 1-3)
- SM Seri Perak, Parit Buntar (tingkatan 4-5)
Saya belajar di Universiti Putra Malaysia, Bachelor Komunikasi.
Hobi saya ialah suka berangan. Berangan nak jadi kaya tak salahkan.. hehe. Sebenarnya saya suka buat banyak perkara contohnya baca novel/majalah, window shopping. Kalau window shopping saya boleh window dari pagi bawa ke petang tanpa sebarang penat. Bila dah balik rumah baru rasa penat. Sbb itu kalau saya hendak ber'shopping' saya tidak akan mengajak sesiapa sbb saya tahu mereka tidak akan larat mengikut saya shopping. Oleh itu saya lebih rela ke Mid Valley/One Utama/Jalan Masjid India bersendirian tanpa ditemani sesiapa.
Saya juga suka mengumpul koleksi barang-barang. Contohnya koleksi kasut dan handbeg. Tapi saya lebih fanatik kepada kasut. Saya suka kumpul barang lain seperti mekap, kumpul setem, plastik/paper beg (I mean beg yg cantik la)
Saya bercita-cita nak kaya.. dan nak beli rumah. Sebenarnya saya suka berniaga. Tapi mungkin skill perniagaan masih sikit maka saya tidak begitu suksess lagi dalam bizz yg saya ceburi. FYI, saya mempunyai perniagaan sewaan baju pengantin yg beroperasi di rumah. Saya juga menawarkan khidmat solekan untuk pengantin dan juga solekan ke majlis2... One day saya ingin membuka sebuah butik pengantin yang menawarkan pelbagai servis perkahwinan di bawah satu bumbung.
Perangai saya yang paling buruk ialah MALAS. Saya malas nak kemas rumah, saya malas nak sapu sampah, saya malas nak memasak, saya malas nak membasuh baju. Tapi kekadang tu kan tiba-tiba aje mood nak kemas rumah datang. Saya akan kemas rumah start dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam. Memang lepas kemas tu cantik lah. Tapi lepas 3 to 4 hari dah tak cantik. Selain tu, kalau lepas basuh baju dan sidai.. bab paling malas nak melipat baju. Kekadang bila tgk longgokan baju tu dah tinggi barulah saya terpaksa melipat baju..
Di ofis saya bekerja sebagai Admin & HR Officer aje. Tapi kepentingan saya di ofis nie macam saya nie seorang GM. Orang nak check balance leave cari saya, nak check gaji cari saya, nak order stationary cari saya, check OT cari saya, mesin fotostat rosak cari saya, boss tertinggal kunci pintu bilik cari saya sbb saya simpan semua kunci spare, nak cari kakak cleaner pun nak suruh saya carikan. Diorang ingat saya nie jaga kakak cleaner tu ke?? Tapi saya tak kisah nak buat semua kerja-kerja tu asalkan tolong lah naikkan gaji saya. Biarlah kalau BOSS nak baca saya punye entry pun bacalah. Biarkan dia tahu luahan hati saya. huhu.
Akhir sekali, sebenranya saya nie bukanlah jenis yang banyak cakap ataupun orang yang suka membantah. Saya jugak seorang yang happy go lucky. Tapi kekadang berada dalam keadaan moody ketika datang bulan.. Saya suka orang yang mendengar cakap saya hehe.. itu aje.. saya tak reti nak describe tentang perwatakan diri saya..
Ok.. sekarang saya nak tag tujuh orang nie..
http://izarnis.fotopages.com
http://jedanese.fotopages.com
http://nursyakirah.fotopages.com
http://fazizaid.fotopages.com
http://zahira63.fotopages.com
http://andiearrifian.fotopages.com
http://mrshenri.fotopages.com
Selamat menjawab..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 12-May-2008 04:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~Happy Mothers Day 2~
|
|
Thanks ye kepada semua yg wish mothers day utk mak saya..
IBU.. IBU..
ENGKAULAH RATU HATIKU..
BILA KU BERDUKA..
ENGKAU HIBURKAN KU SELALU...
    
    
   
   
Saya masih tiada anak. Single but not available. huhu
Saya selalu berangan one day akan dapat baby kembar, sorang lelaki dan sorang perempuan..
Besarnya angan2 tu..
Boleh belikan baju utk baby boy & girl..
Pastu boleh create satu fp untuk diorang..
Suka tgk ibu-ibu kat sini bergambar dgn anak-anak..
Then, kita boleh share experience sama-sama.. kan..kan..
Oklah kepada mereka yg takde gambar kat sini.. tunggu dulu yer.. one by one.. kalau boleh memang nak masukkan semua..
Ataupun kepada mereka yg belum ada gambar kat sini,ibu-ibu boleh bagi ur fp add..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-May-2008 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~ HaPpY MoThErS dAy~
|
|
Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di seluruh dunia.. Ingat tak saya pernah cakap ada special entry untuk Hari Ibu nanti… so nie la entrynya…
Gambar kat atas tu lah mak saya dengan anak-anaknya yang empat orang ni.
Iyer lah kami nie kan ‘kid’ lagi.. hehe.. Gambar ni diambil lebih kurang 6 bulan lepas kot.
Sekarang nie mak saya agak kurus sikit.. bukan sebab dia sakit, tapi memang dia nak kurus. Selang satu hari dia akan earobic..
So sekarang ni, mak saya rasa dia dah kurus. Sampaikan dia cakap saya nie gemuk lagi dari dia.. ggrrhh..
Emm.. one more thing, mak saya nih mmg suka karaoke. Hobi tu bermula dari rumah. Tiap-tiap hari nyanyi dengan membuka speaker yg kuat.. Sampaikan gi rumah orang kenduri kahwin pun dia akan nyanyi satu or dua lagu..
Itu lah serba sedikit pasal mak saya…
|
|
|
|
|
|
| Friday, 9-May-2008 11:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cerita ceriti..
|
|
Good morning to everyone.. pepagi lagi sudah update fp. Memang takde kerja betul saya nie (sementara aja. Kejap lagi byk lah) Just nak cerita masa saya balik kampung hari tu, saya bawak adik-adik dengan mak & abah pergi Safari Night kat Zoo Taiping. Sebenarnye memang dah lama teringin nak g situ tapi asyik tertunda aje. So masa balik kampung aritu tercapai gaks la hajat. Tengok dari advertisement board kat tepi highway tu nampak macam best lah tempat tu.
Bila dah sampai sana kan.. Kaunter tiket buka pukul 8pm. Ramai jugak orang beratur beli tiket. Dewasa RM10, children RM5. Harganya dua kali ganda kalau masuk zoo belah siang.
Bila dah lepas entrance door, kene pulak beli tiket keretapi kalau nak pusing dalam zoo tu. Lebih kurang setengah jam jugak tawaf zoo tu.. Harga tiket keretapi RM3 for adult and RM1.50 for children. Emm.. mcm cekik darah aje.. tapi bila dah pusing dengan keretapi zoo tu, tahap kepuasan yang diperolehi adalah minimum. Gelap satu perkara, pastu tak de show pon. At least kalau dah masuk charge double tu wat lah show waktu malam.. but it's nothing. Turun dari keretapi tu, ambil gambar seposing dua, pastu abah saya ajak balik. Huhh one hour journey aje..
********************************************************************************************************************
One da way back to KL, saya attend wedding kawan saya kat Tapah.. hehe dah kawin pun dia.. Selamat Pengantin Baru yer Jue..
*********************************************************************************************************************
Siapa kat sini berasal dari Perak?? Kalau orang Perak mungkin tahu tentang Menara Condong kat Teluk Intan.. Kalau tak tahu, ni gambarnya..
Apa kata kita belajar Sejarah kejap..
| Quote: |
Terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar, seolah-olah merelakan kedudukannya di tengah bandar dan menjadi mercu tanda sejarah yang sudah berusia lebih satu abad.
Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan hingga ke hari ini. Apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali dengan jolokan Menara Condong lantas menempah gelaran menara condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Orang yang bertanggungjawab membinanya ialah seorang pemborong bernama Choong Cheong atau Ah Cheong yang mendapat inspirasi bangunan pagoda di negeri China.
Tujuan asal pembinaannya ialah bagi menempatkan sebuah tangki air. Air daripada tangki ini digunakan oleh penduduk setempat sekiranya berlaku kemarau atau sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran kerana pada waktu itu bandar ini tidak mempunyai perkhidmatan bomba.
Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.
Lebih sekurun yang lampau tapak mercu tanda ini adalah sebuah terusan laluan diantara Durian Sebatang (tebing Sungai Bidor) ke Sungai Perak (berhampiran Balai Polis lama) yang dibina oleh Mak Intan dengan para pengikutnya, tapak Menara Condong ini dibina pada bekas terusan tersebut setelah ianya dikambus.
Mak Intan adalah seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.
Menyedari hakikat inilah pembinaan laluan air dilaksanakan bagi memudahkan para pedagang membawa bahan dagangan ke Sungai Perak sekaligus membelah pekan Mak Intan menjadi sebuah pulau. Walaubagaimanapun setelah Inggeris mengambil alih kuasa pentadbiran pekan Melayu sekitar 1880-an mereka telah merancang membesarkan pekan tersebut dan langkah pembesaran ialah dengan menimbus terusan Mak Intan. Beberapa tahun kemudian, diatas penambakan tanah gambut itulah didirikan bangunan tersebut setinggi 85 kaki dari paras muka bumi.
Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan oleh askar-askar Jepun sebagai menara kawalan bagi memerhatikan kedatangan musuh dan ianya telah merosakkan sebahagian bangunan tersebut terutama di bahagian atasnya.
Bangunan tiga tingkat ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Jika dilihat dari luar bangunan, ianya seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
Struktur bangunan ini diperbuat daripada batu dan kayu, setiap tingkat dilengkapi lorong jalan enam kaki lebar berdindingkan tembok rendah dua kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Atap di bahagian atas dan tepinya menggunakan genting.
Tangki air terletak di aras tiga, ianya diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.
Sumber :http://mdhilirpk.perak.gov.my/bm/menarik.html
|
Lepas makan kenduri kahwin kat Tapah tu, saya singgah di bandar Teluk Intan nak makan ais kacang. Dahaga tau.. ari panas nie... Saja nak jejalan. Kalau korang nak tahu dulu masa kecik saya tinggal kat Teluk Intan tau. Saya masuk darjah satu kat SRK Convent. Darjah 1 Merah. Masa dulu memang saya teringin sangat nak masuk dalam menara nie. Teringin nak tau ape ada dalam menara nih. So sekarang cita-cita saya dah tercapai.
Gambar 1: Suasana dalam menara kat level 1.
Gambar 2: Kat tingkat 3 Menara Condong
Gambar 3: Saya.. depan menara Condong
Gambar 4: Saya dan my buchuk..
Saya sebenarnya nak juga pergi melawat sekolah lama saya.. tapi saya dah lupa jalan laa.. Jalan di Teluk Intan nie dah byk berubah.. Saya juga ingin berjumpa ex-bf saya masa sekolah rendah di Sek Keb Sungai Tunku.. hehehee..
Oohh.. masa amat mencemburui saya. Saya perlu stop mengupdate fp sbb BOSS saya dah panggil tu.. Jap..jap.. ari nih salah seorang ofismate saya nak berenti kerja. Nak jadi suri rumah sepenuh masa. So GoOd LuCk untuk dia.. err namanya kak Rohani....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 7-May-2008 05:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MaKcIk MaHaL
|
|
Next month pegi Pangkor SRC (Sport & Recreation Club) Trip. pergi 2 days 1 nite aje. Apalah salahnya pergi 2 atau 3 malam baru best kan..
Saya baru lepas lunch ni so sementara nak sambung kerja maka dengan rajinnya saya ingin mengupdate fp ni walaupun tak tahu nak cerita ape kat korang semua. Err.. ada satu cerita, tadi saya and ofismate pergi lunch kat kafe sebelah office saya. Ofismate saya ni pun macam saya jugak ingin menurunkan berat badan dan telah mengikut jejak langkah saya untuk tidak makan nasi selama sebulan. So dia nak makan lauk aje.. Dia pun dengan comelnya memilih lauk yg ada atas meja jualan di suatu gerai menjual nasi campur..
~ hot dog 2 unit
~ ikan kecik aje (rupanya mcm ala2 ikan fish & chip tu)
~ sayur tougeh
Nak tahu tak berapa dia bayar untuk menu tu..... RM6.00. mahal tak?
Pastu tadi tuan punye gerai nak promote satu menu baru.. 'Nasi lobak & ayam palembang' Katanya sekarang nih harga promosi ialah RM4.00. Habis promosi dia akan jual dengan harga RM5.00. Tak de lah vogue sgt nasi tu. Nasi tu kaler kuning campur lobak halus-halus, ayam palembang tu mcm ayam rendang aje.
Ada sorang mamat nih, saya tak tahu dia kerja kat bangunan mana.. tapi dia nak cuba juga rasa menu tu so dia pun membeli dan membayar RM4.00. Kedian mamat yg agak cute nih ada cakap.. "Kalau makcik jual nasi ni dengan harga 3 ringgit.. hari-hari saya akan beli nasi nih" Saya tak pasti mamat tu cakap ikhlas atau ingin memerli makcik tu.. Tapi yang pasti makcik tu memang dikenali dengan 'MAKCIK MAHAL'
Korang nak tau kat mana dia meniaga?
Tingkat 4, Bangunan Lien Hoe, Persiaran Tropicana Golf & Country Resort.... gerai dia yg paling hujung sekali.. ada jual nasi campur jugak.. kepada anda yang tinggal/kerja berdekatan dengan alamat diatas, dijemput untuk berkunjung ke tempat ini..
Gambar dibawah nie tiada kene mengena dengan cerita diatas.. sebenarnya saya baru belajar mengedit gambar. Orang lain dah pro tahap gaban, saya baru terkemut-kemut mcm kura-kura..
Gambar pertama : seksikan perempuan yang sedang berangankan bf veteran saya tu..
Gambar kedua : TITANIC.. Saya Rose, bf veteran Jack..
Gambar ketiga : Nie saya..
Gambar keempat : Saya dan adik yang bongsu. Gambar terpaksa digelapkan sbb time nih saya baru bangun tido, tak gosok gigi lagi. Adik saya pulak sbb gigi depan dia dah tak ada.. so tak payah lah nak tunjuk gigi rongak dia tu..
Sekian, tenkiu..
Rgrds
Mayonnaise with love..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 5-May-2008 07:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hi I'm back..
|
|
I'm back from kampung.. lamanye tak bersiaran ni. Tgk kengkawan fp yg lain dah update macam-macam.. hehe.. korang tunggu yer.. nnt saya akan melawat fp anda untuk memberi komen2..
Timer kasih peda mereka2 yg sudi menjengah kat fp saya nie, walaupun saya hampir seminggu tidak membuka komputer. Sebenarnya kat kg takde internet.. harapkan kat office aje..
| Quote: |
Anis : Nmpak jer kat bandar tp kg sebenarnye. Yups, ITTHO kat Batu Pahat
FarahShrewbury : Yer Farah, kawasan perumahan di taman
Niza et Sofea : TQ. Ole2? tak ade yg special kat Bagan Serai ni. Ikan kering ada la
Ciklinn : Saya pun geli nak pegang hamster tu, kecik sgt. kalau pegang takut dia melompat.
Zai Kulim : Bole planning g camping kat pantai Menrdeka. ada org camping tak?
Lieya_latiff : Mcm mana cuti, best tak? Bila lama cuti nie, rasa malas nak start keje balik..
jeff : Abg, betul tu! mmg byk DAY bulan nie.. tapi bulan lain pon byk gakss..
Andie : Next time boleh amik gambar pakai pakaian tradisional yg lain pulak
tutcute : Seronok..
jaj WDC : Kampung akak kat mana?
fiza : Kamupng kita kat Bagan Serai, Perak
nursyakirah : Yang jadi fotographer tu adalah saya sendiri. Set kat camera, pastu cepat2 lari berdiri depan camera..
Z : awak nak kahwin yer? selamat pengantin baru..
fazizaid : Thanks kak lawat fp saya..
anese : Saya nie dah tak balik 4 month, maka saya telah diperli oleh mak saya, dia ckp saya nie balik 2 kali setahun aje.. huhu..
Aida : Yea yea.. gaji dah masuk.. dah tinggal separuh pun. Sbb byr credit card..
Wak kumis : Saya dah sampaikan salam Wak pd hamster2.. |
Ok.. baru2 nie saya ada pergi mkn kat satu restoran area Mutiara Damansara. Nama restoran tu Hibiscus Lanai. Sbb restoran tu baru bukak, so saje nak 'cuba try test' masakan dia. Saya dgn bf veteran pilih meja kat luar sbb bf veteran nie nak smoking. Heran jugak apsal lah restoran nie byk sgt barang2 antik. Saya wat lawatan sambil belajar dlm restoran tu. Tak sedar saya masuk sampai dalam dapur kedai tu.. Jgn marah yer tuan kedai.. rupanye konsep kedai ni ialah 2 in 1. Showroom galeri perabut antik dan juga restoran.. Err.. tp saya rasa bukan lah antik sgt perabut dia, tapi sbb semua perabut tu berasaskan kayu jati.. kot. Harga perabut boleh tahan mahal..
Pemandangan di dalam kedai..
Makanan pulak... emm.. biasa aje Sedap sgt pun tidak, tak sedap pun tidak. Yang sedang2 aje. Boleh mkn lah.bf veteran order nasi goreng, saya order meehon sup. Dia punyer servis.. adalah sgt bagus. Pelayannya adalah sgt peramah.
Ini adalah nasi goreng yg diorder oleh bf veteran..
Ini meehun sup pilihan saya..
Ini saja entry untuk kali ini.. sekian terima kasih. Nak sambung kerja balik nie.. byk kerja terbengkalai..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Apr-2008 13:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Balik kampung
|
|
Hi all,
Macam mane weekend anda? mesti best kan..
Ada yg dah dapat gaji ke? Saya blom lagi.. tak tau bila nak masuk, maybe hari ni atau pun esok. Tak kisahlah asalkan jgn masuk bulan baru..gaji blom masuk.. harus staff di ofis saya buat mogok..
Hari Khamis nie cuti Labour Day kan.. so, selamat bercuti kepada pekerja2 sedunia.. Saya akan balik kampung 30/4 nie.. so saya tidak akan melawat fp kengkawan sumer.. nanti 5/5 baru saya masuk ofis balik.. k. Jgn rindu2 kat saya tau.. hehe..
Eee.. tak sabarnye nak balik kampung, korang tau tak dah berapa lama saya tak balik? hehe.. baru 4 bulan. last sekali balik ialah masa raya haji tahun lepas. teruk kan saya nie..
Oh ye.. nie lah rumah saya kat kampung, mak & abah saya tinggal kat sini la. Dengan sorang adik lelaki saya yg bongsu. Dia baru umur 7 tahun. Dengar kata dia suruh abah saya beli hamster dan abah saya dah beli hamster pun utk dia. Nie saya nak balik kg nie nak tgk hamster tu lah.. hehe.. bukannya nak tgk orang tua.. aper la saya nie..
Saya ada dua orang lagi adik lelaki, yang pertama belajar lagi di ITTHO dan sorang lagi baru masuk form one kat MRSM Grik. Semua lelaki ooOoo.. tak de perempuan pun. Saya sorang aje perempuan dlm keluarga.. Tu yang best..
Ok lah kengkawan.. saya nak sambung kerja nie.. mesti lah nak kene settle cepat sbb nak cuti panjang nih. Bila kerja dah settle, barulah boleh enjoy tahap gaban cuti nie. Harapnya BOSS saya tidak menelefon saya semasa cuti nanti. Sllunya kalau dia tak dapat cari dokumen for sure dia akan call saya. I will switch off my hanfon.. kah kah kah..
Ehh ada lagi.. sempena nak masuk bulan May nie.. saya nak wish..:
1. Mother's Day on 11 May..
2. Teacher's Day on 16 May..
Emm.. nantikan special entry utk mother's day nanti ok..
Jumpa lagi...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Apr-2008 13:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
AkTiViTi SePaNjAnG mInGgu
|
|
Huhu..
Esok hari Sabtu.. kene kerja.. apsal lah company nie tak nak buat five working day ajer.. Kalau Sabtu & Ahad cuti dah tentu saya akan bercuti dengan suksess sekali..
Tapi tak lah teruk sangat Company saya nie.. sbb bukannya every Saturday kene kerja.. alternate.. Kalau minggu nie kerja, maka minggu depan cuti.. minggu depan depan kerja.. minggu depan depan depan cuti.. mcm tulah sampai saya resign dari company nie.. Actually tomorrow is not my Saturday working day tapi sbbkan 03.05.08 nie saya nak balik kampung (hoorayy) dan tarikh tu sepatutnya saya bekerja pada hari Sabtu, maka saya telah membodek boss saya untuk cuti pd tarikh tu dan digantikan dgn esok.. 26.04.08.. sib baik approve, kalau tak approve kene ambik annual leave.. rugi lah ari Sabtu kene amik leave..
| Quote: |
Mimi,
Ok to exchange.
Best regards,
Ng Wui Kiat
Accounts Dept
-----Original Message-----
From: mimi narita hanim shamsudin
Sent: Wednesday, April 23, 2008 6:51 PM
To: Ng Wui Kiat
Subject: Replace working saturday
Dear Mr.Ng,
Please be inform that I will come to work on this coming Saturday(26/4/08) instead of next working Saturday (03/5/2008).
Thank you.
Rgrds
Mimi Narita
|
hehehe.. tenkiu BOSS..
Ohh ya.. agak lama jugakkan saya tidak menghupdate fp nie.. mari kiter tgk ape yg telah terjadi sepanjang minggu nie..
20.04.08
Ahad yang agak boring.. so bf veteran ajak g picnic kat Sungai Congkak.

Ternampak kereta bomba old version tersadai..
21.04.08
Isnin telah kembali.. sangat bosan.. lepas habis kerja terus balik rumah.. zzZZzzz...
22.04.08
Mendapat voucher Jusco RM40, telah meng'redeem' voucher dan telah bershopping sebanyak RM150. Tolak voucher so just bayar RM110.. errr.. terlebih budget laa..
+ blouse 2 helai
+ long pants 2 helai
+ handbag 1 biji jer
+ tali pinggang wanita 2 unit
+ stokin 3 pasang (untuk bf veteran-mengadu stokin hilang.. mcm mana stokin boleh hilang?? )

(Abaikan suasana dibelakang saya, rumah yg telah dijadikan butik pengantin )
23.04.08
Menerima bunga kantan dari Oliole.. Errr siling kat office jatuh..
24.04.08
Genap seminggu tak makan nasi.menu waktu malam cuma capati atau roti nann ajer.(nk diet konon)
25.04.08
Hari nie la.. blum ade ape2 yg berlaku lagi..
26.04.08
Esok ~ kerja 10am to 4pm. planning lepas kerja nak wat wedding preparation utk customer skit..
27.04.08
Lusa ~ tak tau nak wat ape.. pegi kenduri kahwin umah kwn bf veteran kot..
Lukisan bunga tulip nie besar sgt lah. Btw, thanks to http://nhmieza.fotopages.com sbb dia hadiahkan bunga tulip ni. Err.. bukan kat saya sorang aje.. tp ramai lagi kengkawan dia yg dapat.. So memandangkan saya takde peluang nak g London lagi, masuk gambar bunga tulip nie pon ok gaks. Ni tgh berangan nak ke sana nie.. Agak2 berapa modal yg diperlukan utk kesana ek??
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Apr-2008 07:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Forward : Touch Of Nature
|
|
Uikkss.. alamak saya kene tag lah. cam ner nie..
sebenarnya saya nie tak pandai sgt nak main tag2 nie, walaubagaimanapun cuba ajer lah. Kalau silap jgn marah aa...
| Quote: |
This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!
Do not delete any of the links and be honest to yourself!
****************************************************************
BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, J@n!ce Ng, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,
McTa ,manje ,nitta,yatt, mat gebu
next
The lucky 7 person I am going to tag is
S_Shamen, Siti Azma, Sweet Bobo, Mak Lang, Kak Pah Sherry, Lizah Zakaria, Dayang....
(Dan, untuk senarai nama di atas, sudilah kiranya menerima gambar "Touch Of Nature" dari mat gebu untuk blog/fotopages anda..)
10 person i'm going to tag is
shima, jasmeen, yullina,soulha,elianas,rani, sabrina,zuhri, kak rinchan,umi-kal...dan sudilah kiranya menerima TOUCH OF NATURE dariku untuk mu wahai sabahat sekelian untuk ditepek di FP/blog memasing supaya dinding umah cantik berseri.
10 person i'm going to tag is
norsham, Asmahani , Aida , Niza , rinzura , mamasya , Farah , zaiy , fiza , azura , MamaFaMi
...dan sudilah kiranya menerima TOUCH OF NATURE dariku untuk mu wahai sabahat sekelian untuk ditepek di FP/blog memasing supaya dinding umah cantik berseri
11 person i'm going to tag is (y 11? it's my favourite number )
As, Cik Linn, Emy, Linda, Oli, CT, Sue, Zura, Jeff, Abang E, Rina
... dan sudilah kiranya menerima Touch Of Nature dariku untuk mu wahai sahabat sekalian untuk disimpan di fp / blog masing2 agar kelihatan cantik berseri
6 person i'm going to tag is...
1. viruspadu
2. mimi
3. mama safi
4. lelayong
5. nani
6. lily
|
Bunga kantan nie diterima dari oliole a.k.a mummy SOFEA. tenkiu cik Oli. Kita nak pakai bunga kantan nie wat laksa.. hehe..
5 person i'm going to tag is.... Jeng Jeng Jeng..
Aida ~ http://alisdaniaazhar.fotopages.com
[color=red]Farah Shrewberry ~ http://yongfarhana.fotopages.com
Anis ~ http://izarnis.fotopages.com
Kucai ~ http://kucailiah.fotopages.com
Niza Razak ~ http://nhmieza.fotopages.com
|
|
|
|
|